Product Label Design

yo!!!!...Customer aku kali ni iaitu En. Amin dari SP yang mengeluarkan produk2 kesihatan yang banyak berasakan herba. So aku dapat job untuk design semua produk2 beliau. hehehe...Job ini makan masa dekat sebulan lebih la sebab nak cari konsep yang betul boleh bersaing produk-produk yang ada sekarang di pasaran. Kalau dapat masuk tesco pun da ok bagi aku

Habbatus Sawda

Madu Liar Herba dari Iran

Ini logo aku design untuk produk rempah SUBHANI.. Rempah Herba Taj MahalRempah Herba

New Version

hohohohohoho!!!.
Agak lama aku tak update blog sebab........... Tak pelah, di bawah ni adalah design menu untuk REST. TASNIM yang terbaru. Sebab tokey dia , Abg Ibrahim baru bukak restoran kt Pekan Baru, SP. So dia mintak aku design yang baru. Tapi tak la design baru sangat still lagi guna konsep yang sama cma pengunaan color je yang aku tukar.Dalam design keseragaman itu penting. Contoh: Menu ini ada 4 page, so aku da tetapkan satu konsep untuk menu tersebut. Dimana dari segi susun layout, texture dan elemen2 lain macam kerawang2 ke..So korang kena pastikan semua ni mesti sama dengan page2 lain.
Kalau dalam photoshop, kalau ikut cara aku, cara designer lain aku tak pasti aku akan buat satu page dulu maknanye 1 window dalam photoshop..Kalau da dapat konsep betul-betul aku puas hati aku aku akan duplicate windows ( image>duplicate) kepada 4 window dalam photoshop.

So lepas nie aku akan letak text, logo, dan gambar2 makanan. Kalau boleh kalau korang design menu pastikan gambar makanan tu mcm photo shoot pro pnya taknak yang macam gambar shoot pakai camera hp je, nanti tak nampak design korang mcm pro pnye design. Kalau nk gambar food photoshoot pro boleh pergi ke image bank:
www.corbis.com
www.stockfood.com
www.flickr.com
www.deviantart.com (tak banyak asia pnye food)
www.greetyimage.com

YANG NI SUMA KENA BAYAR...HAHAHAHA...takpe sign in je da ble download cma low res jela. tp still lg ble guna..



INI HASILNYA!



SELAMAT HARI RAYA...


Selamat Hari Raya kepada yang mengenali diri ini..Andai diri terkasar bahasa dalam budi bicara
minta ampun zahir dan batin dunia akhirat....

Bayang-Bayang





Photo by Along
Design by RAzy....
For for information email this izero_creative@yahoo.com.THX!!

Design Flyers Kak Mel..

FLYERS A4 | FULL COLOR PRINTING | 1 SIDE

hohohohohoho..Kembali lagi kita dalam Rancangan Kaki ku Kuku mu Jua (sengal).....
ok lah..Customer aku kali ini ialah abg AG HOT fm dengan wife die Kak Mel...Selebriti tu...Ini la first customer dari selebriti aku design. Kak Mel menjalankan biznes Biskut-biskut Raya, buat Hamper Raya dan macam-macam kuih raya aku tengok..Cantik aku tengok die pnye hamper..siap dalam box, craft bag, dalam iron basket pun ada..Aku tak tau pula Raya pun ada buat hamper-hamper macam nie..Inilah kreativiti...Kalau korang nak order kuih-kuih raye ke layari la www.melselectivehamper.blogspot.com...

Masa aku ambk untuk design ni dalam 16jam jugak la...letih memang letih..nak cari konsep tu yang makan masa skit..Sampai aku xpergi terawih..huhu..KANTOI...Design ni lebih kepada moden kotemporari + coporate design..Menggunakan background papan dengan tag warna merah..Kalau korang rasa background yang korang design nampk ksong better letak texture klu dah kering sangat idea..huhu..contoh mcm kat bawah nie..

Design A nampak kosong kan?...so kalau da xtau nk pikir apa letak ja texture(paper ke, metal ke, kerawang ke)..dalam Design B kat atas aku letak grunge texture dengan shinning light..dengan tambah 2 jenis elemen ini design korang nampak grunge, and strong...
OK SELAMAT MENCUBA (poyo la plak)..

Business Card Cik Wan..


Aloooo....apa diatas..emm design di atas aku buat untuk customer aku iaitu Cik Wan..Die nie customer tetap aku..bagus kerja ngn die..xbanyak songeh mcm customer len...skali purpose ja da confirm design...Die ada bukak Rumah Kecantikan dekat area Taman Sejati , Sp...So sape-sape n bt facial ke, make up pg dating ke, dinner, kenduri arwah ke..ble la ambk servis dorg..huhu...Cik Wan jgn marah ekk..Drg ada bt kelas modeling, tarian dll yg swaktu dengannya..
Ok la...nk tdo dl...k chow!!..Esok bgn sahur plak..



Selamat Berpuasa!!..
ok la..Design kad jemputan di atas aku bt smpena Sambutan Kemerdekaan Ngeri Kdah thn 2009..Kad-kad ini akan dipos oleh pihak Kerjaan Ngeri Kdah kpada Tetamu2 Vip, VVip dan Jemputan2 Terhormat..tp sayang design kad ni telah direjectkan...huhuhuhu...sedey...sebab alasan drg bagi ialah "xcantik"..yeke xcantik??..aku tngok ok je...melepas duit raya..hrmmmm:(

Business Card untuk kawan baek aku!!!..huhuhu..


Custmer aku ni adalah MUHAMMAD RAZLAN..Berumur 21 thn..hehe..emm drg nie ada bt bisnes penternakan so drg mntak aku desgn biz card..logo depa xcreate lagi so xtau bila depa 2 nk create logo produk n compny nk habaq mai..tp xpe la drg ble trima konsep aku mcm nie..simple...Design asal ada lah dari Razy pas 2 aku ada ubah skit dari composition..Biz card aku pling ske klu kite pkai finishing Matte Laminate..ala2 sembam skit color die..finishing yg sesuai klu nk nmpk compny kite korporat n eksklusif..tp kena berhati2 penggunaan color..Ia boleh mempengaruhi..better guna 1 color tnpa tone gradient..bukan pe..nak bg nmpak elegan..walaupun design atas xelegan sbb dari sg biz die..so xsesuai aku nk bt design elegan..best color mcm BLACK, MAROON, DARK BLUE, GOLD, BROWN, DARK BROWN...bnyk g..kena rujuk color chart blik..pandai2 la korang..huhu...ok..klu korang ada nk bt korban ke, akikah ke, nk bli lmbu kambing dll yg sekutu dngn yer ble la contact drg atau pn aku...hehe...dapat gak komisen skit..WEI LAN AKU PROMOTE COMPNY HG NIE!!!...bg job bnyk2 skit!!!..hahaha..
OK CHOW!!

Menu design..

Design nie aku bt untuk custmer aku abg ibrahim owner pnya Restoran Tasnim, SP..fuh..lama gak aku design..dari pkul 8pm-3.45am(skrang) non stop..huhu..lenguh gak la pnggang nie..tp xpe..aku dah mint bidang nie..so korban la skit..ok so hasil die kt bawh la..skali ngn design banner die..orait....Sape2 nk khidmat rundingan aku ble la contact Syazwan 013 444 1939..orait..chow..nk tdo..adoi...pg mngurut best nie..daaaaa:)
MENU DESIGN SIZE:A3 | FULL COLOR PRINTING |


DESIGN BANNER 12'x5'

Legenda Malaysia..

Saje je aku lukis nie..huhu..ada customer suruh desgn poster P Ramlee..Tp sebab kekurangan source pic P Ramlee kt internet so aku pikir baek aku make over blik pic P Ramlee dngn cara aku sndri..So hasil die ni la..hehehe..Plz comment ye..

Smile....

Gambar ini aku shoot kt TAMAN JUBLI time aku dengan kawan sepejabat keluar ada projek untuk design kalender untuk Kerajaan Negeri Kedah.. So kami kena ambk gmbar tmpat-tmpat yang menarik di Sungai Petani..Selesai shoot kt tmpt tu aku terpandang seorang kanak2 yg comel bg aku walapun pakaian die agak lusuh dan tidak terurus..Die happy main permainan2 kat situ dan die jga xkesah aku ambik gmbar die..aku pakai camera digital sony yang biasa..xmampu nk bli DSLR lg..huhu..2pn compny pnye..So comment2 la yea..Walaupn aku TERAMAT la AMATUR dalam bidang photography..

CONCEPT..WE BUILD

ONE MORE TIME!!

RAJA OF FLYERS!!



Wedding Album Design..

Waaa..Lama giler xupdate blog.Baru-baru nie ada kawan suruh design wedding album, tp aku memang xpenah design wedding album tp aku cuba gak...So hasil die kt bawah..CONCEPT..WE BUILD..(Klik imej untuk pembesaran imej)




T.U.A

haha..xde keje la nie..agaknya nie la rupa aku time aku tua nnti..rupa korang mcm na pla???hehehe..

You are not alone MJ..............


Semalam pergi nya seorang ikon pop dunia MICHAEL JACKSON atau nama islamnya MIKAEL..Merupakan penyanyi dan penghibur terhebat pernah wujud di dunia ini. Keunikan tarian, suara yang menjadi kegilaan seluruh peminat di pelusuk dunia. Merupakan penyanyi pertama yang mengaplikasikan tarian dalam nyanyian. Album beliau telah terjual 705 juta unit diseluruh dunia dan merupakan pencapaian terhebat sepanjang zaman. Sempat juga aku untuk design wallpaper MJ.Apa2 pn WE ALL LUV U MJ....

AKU RAjA of FLYERS!!

PROJECT EAR

Project EAR (East Asian Revolution) adalah gabungan band dari Slapshock (Philippines), Saint Loco (Indonesia), POP SHUVIT (Malaysia), Ahli Fiqir (Singapore), Silksounds (Thailand) and Thaitanium (Thailand). Aku nk comment skit pasal new clip video Mara Bahaya..FUHHHH!!!!!..GEMPAK SIAL!!!!..hehehe...Tapi aku memang suka la video nie..Aku bagi sbab KENAPA VIDEO NIE GEMPAK..
  1. Good view.Awan cantik. Permandangan yang bertemakan negara masing2.Lebih bersikap patriotik la drg nie. Banyak men perspektif , wide angle shot, camera shaking, dan byk guna fisheye lens. Memang menarik..Ia dapat mengisi elemen dalam setiap shoot supaya xnampk kosong.Mcm mana fisheye lens??..Macam kt bawah nie.
  2. Band2 yang begitu energy , semangat, style, rappers yang pergh...Memang pergh!!..Dari segi video editing not bad. Aku pn malas nk comment byk2..so tengok vdeo nie kt bawah.. I LUV POP SHUVIT!!!

Freelance - Sinonim dengan Dunia Rekabentuk

Tentu ramai yang mengetahui tentang istilah ‘freelance’ terutamanya yang terlibat dengan dunia rekabentuk. Freelance adalah satu cara mencari sumber rezeki samada secara sepenuh-masa atau pun separuh-masa.

Menurut definisi, freelance (atau freelancer) adalah seseorang yang menjalankan profesion tanpa komitmen jangka panjang terhadap mana-mana majikan. Di negara kita, terdapat ramai juga yang mempraktikkan kerja-kerja secara freelance. Kalau di dalam bidang rekabentuk, ianya semacam perkataan yang biasa disebut-sebut di dalam kalangan ‘designer’. Kadangkala, macam berlumba-lumba untuk mengejar kerja-kerja freelance (nak tambah pendapatanlah katakan…).

Mengikut pengalaman saya sendiri satu ketika dahulu, designer sanggup bersengkang mata hingga ke pagi untuk menyiapkan kerja freelance. Ini kerana di siang hari kita terikat dengan kerja dengan majikan tetap. Perjumpaan dengan klien pula dilakukan di luar waktu pejabat - ketika rehat tengahari atau selepas waktu pejabat atau pada hujung minggu. Apa yang seronoknya ialah pada hujung bulan, gaji masuk dan dapat juga duit tambahan hasil kerja freelance.

Pada umumnya, ramai yang melakukan kerja freelance untuk menambahkan pendapatan bulanan. Ada juga disebabkan minat (passion) - mungkin kerja-kerja di pejabat tidak selari dengan minat peribadi. Golongan ini akan merasakan seronok kerana dapat melakukan banyak kerja yang bukan rutin (kebanyakan designer tidak suka kerja-kerja rutin). Ada juga yang melakukannya kerana minat dengan dunia bisnes dan memiliki bisnes sendiri adalah satu impian.

Satu lagi kelebihan freelance ialah kebebasan. Kebebasan ini dapat dinikmati oleh freelance sepenuh-masa. Kebebasan yang dimaksudkan adalah daripada segi pengurusan masa (jadual kerja), kebebasan memilih jenis kerja, kebebasan daripada segi protokol berpakaian ketika membuat kerja dan kebebasan menetapkan harga projek.

Walaupun saya spesifikkan artikel ini kepada dunia grafik, freelance juga terdapat di dalam bidang-bidang lain seperti pengaturcaraan, penulisan, kewartawanan, fotografi, penjahitan, pendidikan dan pengurusan. Apa yang saya boleh simpulkan ialah sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran peribadi mampu untuk menawarkan servis freelance. Terpulang kepada individu untuk mempraktikkannya atau pun tidak.

Faktor lain yang membolehkan seseorang itu membuat kerja freelance ialah pengurusan masa. Sekiranya, kerja di pejabat terlalu banyak maka susah untuk membuat kerja lain. Adakalanya, individu tertakluk dengan perjanjian dengan majikan yang melarang individu tadi sebagai pekerja tetap syarikat untuk melakukan kerja-kerja selain daripada kerja syarikat tersebut. Perlanggaran perjanjian seringkali mengakibatkan seseorang itu kehilangan pekerjaan tetapnya. Freelance yang tabah akan sanggup menggalang beban dua kerja (kerja pejabat dan kerja freelance) pada satu masa. Ini adalah kerana mengikut kebiasaannya designer tersebut terpaksa berjaga sehingga lewat malam setiap hari untuk menyiapkan kerja.

Dengan adanya internet, pasaran freelance menjadi sangat besar dan sangat berpotensi tinggi untuk mendapatkan kerja. Internet membuka peluang bagi freelancer untuk mendapatkan kerja daripada dalam negara mahu pun luar negara secara online. Selain daripada dapat mengurangkan kos logistik, internet menyediakan tawaran kerja yang sangat banyak. Sekiranya, seseorang freelancer itu membuka akaun PayPal contohnya dia boleh mendapatkan kerja daripada luar negara dan mendapatkan bayaran dalam dolar Amerika. Sangat menguntungkan, bukan?

Cabaran bagi kerja-kerja freelance pula adalah daripada segi pendapatan yang tidak tetap (bergantung kepada tahap kerajinan masing-masing). Freelancer juga tiada simpanan EPF (KWSP) untuk masa-masa tua nanti. Jadi, kena pandai berjimat dan pandai membuat pelaburan masa hadapan. Disiplin masa juga menjadi isu sekiranya sikap yang baik tidak ada dalam diri freelancer tersebut. Adakalanya, freelancer terjebak dengan terlalu banyak kerja (komitmen) pada satu-satu masa (mungkin sebab tamak, atau kerja yang tertangguh). Ini akan mengakibatkan apa yang orang selalu kata ‘tak menang tangan’ dan tak cukup masa untuk menyiapkan kesemua kerja.

Apa yang diperlukan oleh seseorang itu untuk menawarkan kerja-kerja freelance? Pertama sekali, seseorang itu perlu mempunyai portfolio yang baik (contoh hasil kerja yang berkaitan). Kemudian, dia perlulah mempunyai sikap (attitude) yang baik dan bertanggungjawab. Sikap ini adalah penting kerana ada freelancer yang mempunyai masalah pengurusan masa sehingga kerja yang diberikan tidak siap pada tempoh yang dijanjikan. Tanggungjawab freealancer adalah sentiasa berkomunikasi dengan klien. Beritahu klien sekiranya menghadapi cabaran untuk menyiapkan kerja, jangan mendiamkan diri dan kemudian melarikan diri.

Secara kesimpulannya, freelance adalah cabang profesion. Sekiranya dilakukan secara separuh-masa ianya mampu menambah pendapatan bulanan. Manakala sekiranya dilakukan secara sepenuh-masa ianya mampu memberi kebebasan bekerja serta kepuasan berkarya kepada individu terbabit. Apa yang penting di sini ialah bagaimana seseorang itu menguruskan dirinya untuk membuat kerja freelance kerana bos freelance ada diri sendiri (You are Your Own Boss!).

Insya-Allah saya akan cuba tulis lagi artikel berkenaan freelance ini serta tips-tips untuk menjana pendapatan melalui kerja-kerja freelance.-Imran Abdul Jabar: Pengasas Sifoo.com. http://www.sifoo.com

New logo...


Seperti yang aku ada post lepas2 IZERO CREATIVE akan bertukar nama, logo, tagline, dan kini berwajah baru iaitu CONCEPT. Menggunakan tagline 'we build' lebih ringkas dan mudah diingati berbanding sebelum ini 'build the concept'. Simbol CONCEPT direka mempunyai pelbagai imej atau illusi optic. Perasan tak logo 2 mempunyai huruf A,I,D,C dan juga terdapat imej bulat (macam hurf I) seperti menghadap tingkap..Bergantung kepada seseorang pada first sight masing2. Bagi aku , aku akan nampak imej I dengan tingkap dulu..Bagi designer2 len diorang ada nampak A dulu, C dulu..ITULAH CONCEPT..WE BUILD

TERHARU................

Hari ini smua staff ada buat majlis perpisahan untuk aku..Terharu sangat2..Dalam meeting aku dberi peluang untuk bercakap..tp xterkuar kata2...tp aku gagahkan untuk bercakap..Tapi ade lagi benda aku xsempat nk bercakap time meeting..ok aku nk ucapkan terima kasih kepada En Yahya yang bagi kepercayaan kepada aku untuk melaksanakan projek2 besar walaupun aku masih baru dalam bidang nie..Beliau adalah bos yang sempoi, umpama kawan, dan abang..Dan hobi beliau adalah renyak orang dan bakar tempat orang..hehehe..serta kepada isteri beliau CIK MAZ yang cun..TERIMA KASIH JUGA
Kepada bahagian admin KAK FINIE seorang yang tinggi (pakai heeled ja tinggi), ZIRA (auntie zira sebnarnya ), NADIA yang pandai buat kek..die buat kek kt aku tuuu...bertuah abg MALIK..hehehe..

Serta designer2, Abg HASNAN (ZIFFFIIII!!!!!!!!!!benci..benci!!!) thx sbab banyak tolong aku selama kita jadi designer kt SIRING CORPORATION, pangkat da naik, gaji da masyuk blanja aku mkan lagi!!..hehe..kepada MAD (anak emas En Yahya)kim salam kt papa ek..hahaha ...KAK NAJWA yang berperwatakan ibu2..hehehe..slalu kmas tempat aku duk..aku nie xpandai nk mengemas meja pc.. FITRI budak student UK nnti cpat skit design 2 kalau boleh..tp ko mmg pandai shoot gambar..kepada student practical HUDA yang lemah lembut, ATEN yang cute (die nie slalu bz ngn hp ngn chatting)..kim salam FATTRA ek..Apa2 pn aku rasa happy sngat kerja ngn korang...bagai dalam satu keluarga ada abang, ada kakak, adik..Aku kdang2 mcm budak2 skit maklumla xpernah rasa ada abg ngn kakak..Aku sayang nk tinggl ofis tp untuk berjaya perlu ada pengorbanan yang tak memuaskan hati smua orang..Walaupun aku tau bulan depan aku xda gaji dah.. Tp insyallah rezeki tuhan bagi..

Thx jgak kepada staff OLIM, Kak IDA yang banyak tolong aku bagi kelonggaran dari segi pembayaran ubat2...thx kak IDA byk tlong wan...kim salam WANIE yang cute (kalau xde mekap lagi cantik die..natural) ...hehe..thx jugak kepada AZIE (Selamat Pengatin Baru!), SYAFRI, En ROSLAN..

OKEY!!!..THX A LOT FOR ALL STAFF UNITED 8 & OLIM!!!..I LOVE U SO MUCH!!!!MUCH..MUCH!!!..


NEVER LOOKED BACK!!!

Selamat Tinggal......

Esok merupakan hari terakhir aku di SIRING CORPORATION SDN BHD sebagai senior graphic designer..Sedih gila..Situla tempat aku gelak tawa, penat, dan mengubah diri aku menjadi semakin matang..Banyak benda aku pelajari time aku keja..Dan boleh juga dikatakan aku juga berbangga dengan diri aku diatas pencapaian diri aku walaupun selalu minta advance kat bos..hahaha...rase sedih la nk meninggalkan ofis kesayangan aku..terutama my lovely pc..hope KAK NAJWA yang duduk kat tempat aku jga elok..Slalu mantainance. Setakat nie pc aku xda msalah lagi. Macam nk beli ja pc 2 kat pak ya(my bos). Terlalu banyk kenangan ngn pc 2. Aku slalu berhubung ngn org tersayang pn guna pc 2 men ym..Aku men game sampai riuh 1 ofis pn ngn pc 2..huhu..mcm gila plak aku..

Tp betul jiwa aku tersentuh bila ada org len guna pc 2..Tapi aku xkesah..Janji jaga elok2 sudah..
Emm selepas ini aku akan tumpu kepada bisnes keropok aku..Ramai yang xsetuju aku nk berhenti kerja. Diorang ckp tkut nanti xda backup..Aku diam ja..Bagi aku rezeki dimana-mana..Kalau aku kerja mcm mana nk fokus ngn bisnes???..Aku blik kerja pn da penat yang amat sngt..letih otak..bukan leth badan.. Sebab banyak sngt pkai otak kanan..Famili aku xtau lagi aku nk berhenti kerja...

Famili aku xsetuju aku meniaga kerpok sebab xda untung..Mungkin nampak lekeh berniaga tepi jalan. Tapi diorang xtau marketing plan aku..Matlamat utama kami adalah menjadi pembekal kepada sekolah2, kilang2, cafe2..UNTUNG KE???...Ok sebatang kami tolak RM0.50..Kami supply min 100 batang sehari untuk 1 sekolah yang bilangan pelajar seramai 500 orang dan jualan RM0.50x100=RM 50..Itu min 100 batang untk 1 sekolah..Kalau 10 sekolah??..RM50x10= RM500 seharix24 hari= RM12000..Modal tolak 40% bersih RM7200..

Tapi xsemudah yang dijangka..Nak buat loan pn xapprove..xckup umur 21 tahun...hehehe..pas 2 xda record jualan lagi ssah..Memang susah klu bt loan..MEMANG TERAMAT SUSAH..Sbab 2 ramai yang pinjam kt along..aku pn nyaris2 nk pinjam along..Nk pinjam kt adik bradik pn ssh..xde sape nk tolong time susah..tidak aku da boleh pakai gen 2 dah..tp xde sape nk tolong jdi penjamin..so melepas la..kalu diingat dulu time dulu baru start mmg sedih gila..Sale sehari just RM5 je..Pas 2 malam masuk pasar malam pla..Letih angkut barang..Tapi selepas 3 bulan akhir2 nie ada peningkatan memberangsangkan.. Semalam 30 May rekod tertinggi jualan RM96.40..alhmdlillah..klau mantain mcm nie bgusla..rasa bersemangat..Tapi kena berwaspada..Mesti ada pendinding..Minta dijauhi segala kejahatan jin2 dan syaitan..AMIN...

JOANNE ROWLING...

Kenal dengan JOANNE ROWLING??..
Baca kisah dibawah.

Nama : Joanne Rowling
Warganegara : England
Umur : 34 tahun

Idea Jutawan : Seorang budak kurus yang memakai cermin mata besar,
bernama Harry Potter. Karakter beliau ialah seorang anak yatim
yang melarikan diri dari Sekolah Ahli Bijaksana Sihir, dan
menjadi seorang hero.

Modal permulaan : Beberapa pound sterling ( 1pound = 6ringgit)

Bagaimana idea digerakkan : Melalui agen. Dua syarikat penerbit
buku menolak karya beliau, sebelum Bloomsbury menerimanya pada 1996.

Jualan : Seluruh dunia.

Buku pertama : Harry Potter and the Sorcerer’s Stone. Lebih
38 minggu menjadi No. 1 sebagai buku paling laris di New York Times.

Buku Kedua : Harry Potter and the Chamber of Secrets.

Buku Ketiga : Harry Potter and the Prisoner of Azkaban,

Sehingga kini lebih 30 juta buku sudah dijual. Rakyat Amerika
membeli hampir 50% buku-buku beliau. Diterjemahkan kepada 28 bahasa.

Pendapatan : Royalti mencecah 11.5 juta pound ditambah dengan
pendahuluan $2 juta pound untuk buku kedua dan ketiga. Sekarang
buku ke3,4 dan 5 dan filem yang box-office, jumlah pendapatan telah
mencecah $100 juta pound.

Seorang janda , Joanne Rowling yang hidup dalam kesempitan dan tinggal
di apartment satu bilik yang sejuk di Edinburgh, dimana beliau juga
membesarkan anak perempuannya, Jessica. Untuk melarikan diri dari
kesejukkan, Joanne selalunya akan pergi ke sebuah kedai minuman, café
dan memesan secawan kopi, yang dihabiskan selama berjam lamanya kerana
beliau sudah pokai! Kesusahan ini memberikan dorongan kepada beliau
untuk mengikut satu idea iaitu menulis satu novel mistik atau khayalan.

Berumur 29 tahun pada ketika itu, perkara yang paling buruk yang akan
terjadi daripada idea beliau ialah jika buku beliau ditolak oleh penerbit!

Ini memberikan semangat kepada beliau untuk menulis setiap hari.
Pada sebelah pagi, Joanne akan membawa Jessica ke taman permainan,
berjalan-jalan sehinggalah anaknya tertidur, kemudian beliau akan terus
ke café, menulis sehingga 2 jam semasa anaknya tidur.

Sekali lagi pada waktu petang, semasa Jessica sedang tidur, Joanne akan
menulis sehinggalah beliau penat dan tidur. Walaupun menulis Harry Potter
and the Sorceree’s Stone satu kerja yang cukup susah, beliau masih waras.

Semasa buku beliau dalam pembikinan, beliau menghadapi satu lagi masalah,
beliau tidak mampu untuk membeli komputer untuk menaip novel beliau.

Jadi beliau mengupah beberapa pound kepada seorang tua untuk menaip novel
beliau. Kemudian Joanne terpaksa menaip satu lagi buku kerana beliau
tidak mampu untuk membuat salinan fotostat!

Beliau mencari dua agen ditelefon direktori dan mengeposkan buku tersebut
kepada mereka. Beliau beritahu bahawa hari yang paling gembira dalam
hidup beliau ialah apabila salah seorang dairpada mereka bersetuju
untuk menerbitkan buku beliau.

Buku pertama diterbitkan di England pada bulan Jun, 1997. Harry Potter
mencatat kejayaan yang cukup mengkagumkan dengan publisiti yang meluas.

Joanne mengaku bahawa beliau tidak menduga perkara ini akan terjadi.
Walau pun buku beliau adalah berkenaan kisah kanak-kanak, tetapi orang
dewasa ramai yang meminatinya. Buku beliau kini diletakkan sebaris dengan buku-buku popular dunia seperti
Lord of the Rings, The wizard of OZ, Alice in Wonderland. Harry Potter
dengan hanya tiga pengembaraan telah menjadikan Joanne seorang jutawan
dengan harta mencecah $100 juta pound (RM600 juta!).........

Aku hampir menitiskan air mata dimana sungguh perit apa yang beliau lalui sbelum beliau berjaya. Dan aku hampir dapat menyelami perasaan beliau......

PERTUKARAN....

Mungkin sudah lama aku xpost dalam blog nie. Aku terlampau bz. Dengan kerja di ofis. ARGGHHH!!!!...mcm nk berhenti ja. Berurusan dengan kerajaan memang menyampah. Semua kerja berkaitan printing n design smua last2 minute bagi job. Memang dalam tekanan.

Hrmmmmm..
Ada satu pengumuman aku nk buat. IZERO CREATIVE akan bertukar nama dengan nama yang baru akan aku postkan tak lama lagi. Berikutan nama IZERO lebih kepada negative dan susah disebut dikalangan2 orang2 tua di MALAYSIA..hehehe..dan susah juga disebut bila masuk meeting2 gov..dan IZERO juga susah untuk dingat. Walau apa pn aku minta pendapat korang la adakah nama IZERO perlu ditukar atau tak..dan klau tukar korang tolong cadangkan nama yang TERBAIK!!!..OK??..

DALAM DILEMA....

Aku sekarang dalam dilema samaada untuk menjadi graphic designer kt tmpat aku kerja sekarang atau pn berhenti terus buat biznes keropok. Bisnes keropok nie xnk jd bisnes biasa-biasa. Kalau boleh nk maju kehadapan dan berfikir diluar kotak. Cth.JACK n JILL bisnes ape??..Jual ubi kentang je pn!!!..Tapi diorang pandai create benda baru dimana ubi tu sendiri dikomersial kan.Tp kenapa kita tak boleh??.Ini masalah orang kita sekarang. Bila start berniaga mula nk kondem sana sini.

Tapi aku puji la orang-orang yang berniaga pasar malam. Diorang very supporting. Kalau macam kami takda tempat untuk open table diorang siap bagi buka sebelah meja diorang. Takde hasad dengki. Ini yang harus dicontohi. Penat jangan cerita la. Memang memenatkan. Yela balik kerja terus pergi tapak. Sampai demam-demam. Duit aku sekarang memang da abis banyak. Tak pernah aku rase dugaan sebegini. Ini la cabaran dalam dunia perniagaan. Baru-baru nie aku ade jumpa guru aku cikgu wahab. Saja bercerita dengan dia.Dia ada cerita pasal ustaz rozie, ustaz aku jugak, da pakai HONDA CRV da sekarang hasil jualan minyak atar di pasar malam!. Memang aku terkejut. So korang jangan la pandang rendah kepada peniaga pasar malam. Pasaran pasar malam memang amat dasyat. Dimana semua urusan adalah cash. No kredit nak pening-pening. Tapi bagi kami memang mengambil masa untuk orang mengenali kami. Memang jualan tak memberansangkan lansung. Tapi harus bersabar. Ini baru permulaan dan baru setapak melangkah ke dunia perniagaan.

Akan datang kitaorang akan buka gerai di cinta sayang sg petani. KEROPOK LOSONG n MAMA SAMOSA!. Kepada kawan-kawan jgan lupa singgah!!!

DUNIA DESIGNER...

D.E.S.I.G.N.E.R. satu nama yang amat glamour bg setiap org pastinya. Bagi aku bila orang panggil aku dengan nama nie satu aura yang dasyat dan semangat untuk bekerja. Dan akan buat yang terbaik. Namun masalah untuk GRAPHIC DESIGNER di utara (tempat lain aku xpasti) adalah setiap design adalah tidak akan dibayar. Ianya akan dibayar hanya atas nama kos printing. Customer akan cari designer atau agensi periklanan yang FREE DESIGN untuk menjimatkan kos. Ia salah satu masalah yang amat besar bg tahap kualiti periklanan di UTARA. Di utara tahap kualiti design amat kurang memuaskan. Ini kerana tahap pemikiran orang utara tak sama dengan orang di bandar-bandar besar seperti di KL.
Walaupun setiap design adalah percuma, aku sedaya upaya akan buat yang terbaik dan menjadikan hobi aku iaitu men'DESIGN.

Kepada anda kt luar sana berminat nk jdi GRAPHIC DESIGNER dan nk jadikan sebagai kerjaya pilihan aku ada benda nak bagitau sikit..

1. First, mestilah dapat menguasai ADOBE PHOTOSHOP. WAJIB!!!. Kalu x akan menyusahkan sebab nk kena ajar lagi dan membuang masa rakan sekerja untuk ajar anda.Kalau basic pn alhamdullah. Banyak-banyak practice design.Tutorial online kan ada untk belajar PHOTOSHOP Buat reference dari website..cth www.deviantart.com..Anda perlu bt reference. Setiap artwork yang anda design boleh dapat tau yang anda seorang yang rajin bt reference atau tidak..

2. Bila pg interview, pliz bawalah contoh2 artwork yang penah anda design.Sebab banyak bakal-bakal designer yang aku interview semua xbawa artwork masing-masing. Majikan perlu lihat hasil karya anda..INGAT!!..BAWA ARTWORK MASING-MASING.

3. Kena cepat bt artwork bila dapat job. Contoh - selalu kalau design banner jangan terlalu lama dalam setengah jam pun dah cukup. Banner hanya untung 50sen sekaki so jgn ambil masa yang lama.

4. Kena sabar banyk.SABAR!..kadang-kadang csmer pelik sikit. Kejap nk design mcm nie kejap mcm nie plak.Selalu designer akan hilang mood kalau jd situasi mcm nie..Anda kena SABAR..Biasa lah CUSTOMER kan.Memang letih klu dapat custmer macam 2. Apa-apa pun JUST SMILEY:)


Rutin harian bagi aku GRAPIC DESIGNER( ART DIRECTOR OF SIRING COROPORATION)
7.30am
  • Awek aku kejut bangun.hehehe.Jangan jeles.Mandi, makan dll
8.45am
  • Punch card.Buka emel,friendster, baca online paper HARAKAH, MALAYSIAKINI, BHARIAN
10am
  • Check job order klu ade job masuk.
  • Buat lakaran design.
  • Bincang ngn admin ngn designer bawah aku pasal jo baru masuk. Cth sape yang akan handle job sampai finishing.
  • Tengok design kat deviantart.com
  • Pasang lagu disco baru aku ble start design...Designer kena ade hiburan..hahaha..pc aku pasang sound woofer tuu..
1.00pm
  • LUNCH TIME!!!..tp kadang2 aku xturun makan pn. Men game..hahaha
2.00pm
  • Smbung design.
  • Kuar Present Design kt custmer (ikut time)
  • Kadang klu xda job aku kaji style design2 paling latest.
Korang tau mcm na desgn paling latest??
Mcm ade kerawang2 kuar kt TV 2..itu design yg terkini la..colorful
Dari segi penggunaan typeface lebih kepada rounded style. mcm arial, dll..
Ctoh design





5.45pm
  • balik!!..hahaha..mmg best keja mcm nie..kurang tekanan(yeke??)..
tp tugas aku tidak smpai itu..aku ade lagi biz bt..SUPPLY KEROPOK LEKOR..
Aku baru jer start biz ni. Mgkin ramai yang pndang lekeh kerja ni.Tp aku tak kisah. Mak cik kt Terengganu income sebulan bersih RM18k hasil jual keropok lekor..






THE RAJA OF FLYERS

Raja of Flyers adalah produk dari IZERO CREATIVE yang mana menawarkan harga termurah bagi percetakan flyers atau risalah.Flyers adalah salah satu agen periklanan yang agak murah dari segi kos dan tahap keberkesanan adalah 20% bergantung kepada design dan layout. Flyers full color lebih berkesan kepada pengguna tp kebanyakan customer lebih mementingkan 1 color side sahaja dengan alasan murah tp tidak mementingkan tahap keberkesanannya. Kami sebagai designer tahu kehendak semasa pelanggan tp customer kadang-kadang syok sendiri.

THE RAJA OF FLYERS!!