DALAM DILEMA....

Aku sekarang dalam dilema samaada untuk menjadi graphic designer kt tmpat aku kerja sekarang atau pn berhenti terus buat biznes keropok. Bisnes keropok nie xnk jd bisnes biasa-biasa. Kalau boleh nk maju kehadapan dan berfikir diluar kotak. Cth.JACK n JILL bisnes ape??..Jual ubi kentang je pn!!!..Tapi diorang pandai create benda baru dimana ubi tu sendiri dikomersial kan.Tp kenapa kita tak boleh??.Ini masalah orang kita sekarang. Bila start berniaga mula nk kondem sana sini.

Tapi aku puji la orang-orang yang berniaga pasar malam. Diorang very supporting. Kalau macam kami takda tempat untuk open table diorang siap bagi buka sebelah meja diorang. Takde hasad dengki. Ini yang harus dicontohi. Penat jangan cerita la. Memang memenatkan. Yela balik kerja terus pergi tapak. Sampai demam-demam. Duit aku sekarang memang da abis banyak. Tak pernah aku rase dugaan sebegini. Ini la cabaran dalam dunia perniagaan. Baru-baru nie aku ade jumpa guru aku cikgu wahab. Saja bercerita dengan dia.Dia ada cerita pasal ustaz rozie, ustaz aku jugak, da pakai HONDA CRV da sekarang hasil jualan minyak atar di pasar malam!. Memang aku terkejut. So korang jangan la pandang rendah kepada peniaga pasar malam. Pasaran pasar malam memang amat dasyat. Dimana semua urusan adalah cash. No kredit nak pening-pening. Tapi bagi kami memang mengambil masa untuk orang mengenali kami. Memang jualan tak memberansangkan lansung. Tapi harus bersabar. Ini baru permulaan dan baru setapak melangkah ke dunia perniagaan.

Akan datang kitaorang akan buka gerai di cinta sayang sg petani. KEROPOK LOSONG n MAMA SAMOSA!. Kepada kawan-kawan jgan lupa singgah!!!

DUNIA DESIGNER...

D.E.S.I.G.N.E.R. satu nama yang amat glamour bg setiap org pastinya. Bagi aku bila orang panggil aku dengan nama nie satu aura yang dasyat dan semangat untuk bekerja. Dan akan buat yang terbaik. Namun masalah untuk GRAPHIC DESIGNER di utara (tempat lain aku xpasti) adalah setiap design adalah tidak akan dibayar. Ianya akan dibayar hanya atas nama kos printing. Customer akan cari designer atau agensi periklanan yang FREE DESIGN untuk menjimatkan kos. Ia salah satu masalah yang amat besar bg tahap kualiti periklanan di UTARA. Di utara tahap kualiti design amat kurang memuaskan. Ini kerana tahap pemikiran orang utara tak sama dengan orang di bandar-bandar besar seperti di KL.
Walaupun setiap design adalah percuma, aku sedaya upaya akan buat yang terbaik dan menjadikan hobi aku iaitu men'DESIGN.

Kepada anda kt luar sana berminat nk jdi GRAPHIC DESIGNER dan nk jadikan sebagai kerjaya pilihan aku ada benda nak bagitau sikit..

1. First, mestilah dapat menguasai ADOBE PHOTOSHOP. WAJIB!!!. Kalu x akan menyusahkan sebab nk kena ajar lagi dan membuang masa rakan sekerja untuk ajar anda.Kalau basic pn alhamdullah. Banyak-banyak practice design.Tutorial online kan ada untk belajar PHOTOSHOP Buat reference dari website..cth www.deviantart.com..Anda perlu bt reference. Setiap artwork yang anda design boleh dapat tau yang anda seorang yang rajin bt reference atau tidak..

2. Bila pg interview, pliz bawalah contoh2 artwork yang penah anda design.Sebab banyak bakal-bakal designer yang aku interview semua xbawa artwork masing-masing. Majikan perlu lihat hasil karya anda..INGAT!!..BAWA ARTWORK MASING-MASING.

3. Kena cepat bt artwork bila dapat job. Contoh - selalu kalau design banner jangan terlalu lama dalam setengah jam pun dah cukup. Banner hanya untung 50sen sekaki so jgn ambil masa yang lama.

4. Kena sabar banyk.SABAR!..kadang-kadang csmer pelik sikit. Kejap nk design mcm nie kejap mcm nie plak.Selalu designer akan hilang mood kalau jd situasi mcm nie..Anda kena SABAR..Biasa lah CUSTOMER kan.Memang letih klu dapat custmer macam 2. Apa-apa pun JUST SMILEY:)


Rutin harian bagi aku GRAPIC DESIGNER( ART DIRECTOR OF SIRING COROPORATION)
7.30am
  • Awek aku kejut bangun.hehehe.Jangan jeles.Mandi, makan dll
8.45am
  • Punch card.Buka emel,friendster, baca online paper HARAKAH, MALAYSIAKINI, BHARIAN
10am
  • Check job order klu ade job masuk.
  • Buat lakaran design.
  • Bincang ngn admin ngn designer bawah aku pasal jo baru masuk. Cth sape yang akan handle job sampai finishing.
  • Tengok design kat deviantart.com
  • Pasang lagu disco baru aku ble start design...Designer kena ade hiburan..hahaha..pc aku pasang sound woofer tuu..
1.00pm
  • LUNCH TIME!!!..tp kadang2 aku xturun makan pn. Men game..hahaha
2.00pm
  • Smbung design.
  • Kuar Present Design kt custmer (ikut time)
  • Kadang klu xda job aku kaji style design2 paling latest.
Korang tau mcm na desgn paling latest??
Mcm ade kerawang2 kuar kt TV 2..itu design yg terkini la..colorful
Dari segi penggunaan typeface lebih kepada rounded style. mcm arial, dll..
Ctoh design





5.45pm
  • balik!!..hahaha..mmg best keja mcm nie..kurang tekanan(yeke??)..
tp tugas aku tidak smpai itu..aku ade lagi biz bt..SUPPLY KEROPOK LEKOR..
Aku baru jer start biz ni. Mgkin ramai yang pndang lekeh kerja ni.Tp aku tak kisah. Mak cik kt Terengganu income sebulan bersih RM18k hasil jual keropok lekor..






THE RAJA OF FLYERS

Raja of Flyers adalah produk dari IZERO CREATIVE yang mana menawarkan harga termurah bagi percetakan flyers atau risalah.Flyers adalah salah satu agen periklanan yang agak murah dari segi kos dan tahap keberkesanan adalah 20% bergantung kepada design dan layout. Flyers full color lebih berkesan kepada pengguna tp kebanyakan customer lebih mementingkan 1 color side sahaja dengan alasan murah tp tidak mementingkan tahap keberkesanannya. Kami sebagai designer tahu kehendak semasa pelanggan tp customer kadang-kadang syok sendiri.

THE RAJA OF FLYERS!!