JOANNE ROWLING...

Kenal dengan JOANNE ROWLING??..
Baca kisah dibawah.

Nama : Joanne Rowling
Warganegara : England
Umur : 34 tahun

Idea Jutawan : Seorang budak kurus yang memakai cermin mata besar,
bernama Harry Potter. Karakter beliau ialah seorang anak yatim
yang melarikan diri dari Sekolah Ahli Bijaksana Sihir, dan
menjadi seorang hero.

Modal permulaan : Beberapa pound sterling ( 1pound = 6ringgit)

Bagaimana idea digerakkan : Melalui agen. Dua syarikat penerbit
buku menolak karya beliau, sebelum Bloomsbury menerimanya pada 1996.

Jualan : Seluruh dunia.

Buku pertama : Harry Potter and the Sorcerer’s Stone. Lebih
38 minggu menjadi No. 1 sebagai buku paling laris di New York Times.

Buku Kedua : Harry Potter and the Chamber of Secrets.

Buku Ketiga : Harry Potter and the Prisoner of Azkaban,

Sehingga kini lebih 30 juta buku sudah dijual. Rakyat Amerika
membeli hampir 50% buku-buku beliau. Diterjemahkan kepada 28 bahasa.

Pendapatan : Royalti mencecah 11.5 juta pound ditambah dengan
pendahuluan $2 juta pound untuk buku kedua dan ketiga. Sekarang
buku ke3,4 dan 5 dan filem yang box-office, jumlah pendapatan telah
mencecah $100 juta pound.

Seorang janda , Joanne Rowling yang hidup dalam kesempitan dan tinggal
di apartment satu bilik yang sejuk di Edinburgh, dimana beliau juga
membesarkan anak perempuannya, Jessica. Untuk melarikan diri dari
kesejukkan, Joanne selalunya akan pergi ke sebuah kedai minuman, café
dan memesan secawan kopi, yang dihabiskan selama berjam lamanya kerana
beliau sudah pokai! Kesusahan ini memberikan dorongan kepada beliau
untuk mengikut satu idea iaitu menulis satu novel mistik atau khayalan.

Berumur 29 tahun pada ketika itu, perkara yang paling buruk yang akan
terjadi daripada idea beliau ialah jika buku beliau ditolak oleh penerbit!

Ini memberikan semangat kepada beliau untuk menulis setiap hari.
Pada sebelah pagi, Joanne akan membawa Jessica ke taman permainan,
berjalan-jalan sehinggalah anaknya tertidur, kemudian beliau akan terus
ke café, menulis sehingga 2 jam semasa anaknya tidur.

Sekali lagi pada waktu petang, semasa Jessica sedang tidur, Joanne akan
menulis sehinggalah beliau penat dan tidur. Walaupun menulis Harry Potter
and the Sorceree’s Stone satu kerja yang cukup susah, beliau masih waras.

Semasa buku beliau dalam pembikinan, beliau menghadapi satu lagi masalah,
beliau tidak mampu untuk membeli komputer untuk menaip novel beliau.

Jadi beliau mengupah beberapa pound kepada seorang tua untuk menaip novel
beliau. Kemudian Joanne terpaksa menaip satu lagi buku kerana beliau
tidak mampu untuk membuat salinan fotostat!

Beliau mencari dua agen ditelefon direktori dan mengeposkan buku tersebut
kepada mereka. Beliau beritahu bahawa hari yang paling gembira dalam
hidup beliau ialah apabila salah seorang dairpada mereka bersetuju
untuk menerbitkan buku beliau.

Buku pertama diterbitkan di England pada bulan Jun, 1997. Harry Potter
mencatat kejayaan yang cukup mengkagumkan dengan publisiti yang meluas.

Joanne mengaku bahawa beliau tidak menduga perkara ini akan terjadi.
Walau pun buku beliau adalah berkenaan kisah kanak-kanak, tetapi orang
dewasa ramai yang meminatinya. Buku beliau kini diletakkan sebaris dengan buku-buku popular dunia seperti
Lord of the Rings, The wizard of OZ, Alice in Wonderland. Harry Potter
dengan hanya tiga pengembaraan telah menjadikan Joanne seorang jutawan
dengan harta mencecah $100 juta pound (RM600 juta!).........

Aku hampir menitiskan air mata dimana sungguh perit apa yang beliau lalui sbelum beliau berjaya. Dan aku hampir dapat menyelami perasaan beliau......

No comments:

Post a Comment