TERHARU................

Hari ini smua staff ada buat majlis perpisahan untuk aku..Terharu sangat2..Dalam meeting aku dberi peluang untuk bercakap..tp xterkuar kata2...tp aku gagahkan untuk bercakap..Tapi ade lagi benda aku xsempat nk bercakap time meeting..ok aku nk ucapkan terima kasih kepada En Yahya yang bagi kepercayaan kepada aku untuk melaksanakan projek2 besar walaupun aku masih baru dalam bidang nie..Beliau adalah bos yang sempoi, umpama kawan, dan abang..Dan hobi beliau adalah renyak orang dan bakar tempat orang..hehehe..serta kepada isteri beliau CIK MAZ yang cun..TERIMA KASIH JUGA
Kepada bahagian admin KAK FINIE seorang yang tinggi (pakai heeled ja tinggi), ZIRA (auntie zira sebnarnya ), NADIA yang pandai buat kek..die buat kek kt aku tuuu...bertuah abg MALIK..hehehe..

Serta designer2, Abg HASNAN (ZIFFFIIII!!!!!!!!!!benci..benci!!!) thx sbab banyak tolong aku selama kita jadi designer kt SIRING CORPORATION, pangkat da naik, gaji da masyuk blanja aku mkan lagi!!..hehe..kepada MAD (anak emas En Yahya)kim salam kt papa ek..hahaha ...KAK NAJWA yang berperwatakan ibu2..hehehe..slalu kmas tempat aku duk..aku nie xpandai nk mengemas meja pc.. FITRI budak student UK nnti cpat skit design 2 kalau boleh..tp ko mmg pandai shoot gambar..kepada student practical HUDA yang lemah lembut, ATEN yang cute (die nie slalu bz ngn hp ngn chatting)..kim salam FATTRA ek..Apa2 pn aku rasa happy sngat kerja ngn korang...bagai dalam satu keluarga ada abang, ada kakak, adik..Aku kdang2 mcm budak2 skit maklumla xpernah rasa ada abg ngn kakak..Aku sayang nk tinggl ofis tp untuk berjaya perlu ada pengorbanan yang tak memuaskan hati smua orang..Walaupun aku tau bulan depan aku xda gaji dah.. Tp insyallah rezeki tuhan bagi..

Thx jgak kepada staff OLIM, Kak IDA yang banyak tolong aku bagi kelonggaran dari segi pembayaran ubat2...thx kak IDA byk tlong wan...kim salam WANIE yang cute (kalau xde mekap lagi cantik die..natural) ...hehe..thx jugak kepada AZIE (Selamat Pengatin Baru!), SYAFRI, En ROSLAN..

OKEY!!!..THX A LOT FOR ALL STAFF UNITED 8 & OLIM!!!..I LOVE U SO MUCH!!!!MUCH..MUCH!!!..


NEVER LOOKED BACK!!!

Selamat Tinggal......

Esok merupakan hari terakhir aku di SIRING CORPORATION SDN BHD sebagai senior graphic designer..Sedih gila..Situla tempat aku gelak tawa, penat, dan mengubah diri aku menjadi semakin matang..Banyak benda aku pelajari time aku keja..Dan boleh juga dikatakan aku juga berbangga dengan diri aku diatas pencapaian diri aku walaupun selalu minta advance kat bos..hahaha...rase sedih la nk meninggalkan ofis kesayangan aku..terutama my lovely pc..hope KAK NAJWA yang duduk kat tempat aku jga elok..Slalu mantainance. Setakat nie pc aku xda msalah lagi. Macam nk beli ja pc 2 kat pak ya(my bos). Terlalu banyk kenangan ngn pc 2. Aku slalu berhubung ngn org tersayang pn guna pc 2 men ym..Aku men game sampai riuh 1 ofis pn ngn pc 2..huhu..mcm gila plak aku..

Tp betul jiwa aku tersentuh bila ada org len guna pc 2..Tapi aku xkesah..Janji jaga elok2 sudah..
Emm selepas ini aku akan tumpu kepada bisnes keropok aku..Ramai yang xsetuju aku nk berhenti kerja. Diorang ckp tkut nanti xda backup..Aku diam ja..Bagi aku rezeki dimana-mana..Kalau aku kerja mcm mana nk fokus ngn bisnes???..Aku blik kerja pn da penat yang amat sngt..letih otak..bukan leth badan.. Sebab banyak sngt pkai otak kanan..Famili aku xtau lagi aku nk berhenti kerja...

Famili aku xsetuju aku meniaga kerpok sebab xda untung..Mungkin nampak lekeh berniaga tepi jalan. Tapi diorang xtau marketing plan aku..Matlamat utama kami adalah menjadi pembekal kepada sekolah2, kilang2, cafe2..UNTUNG KE???...Ok sebatang kami tolak RM0.50..Kami supply min 100 batang sehari untuk 1 sekolah yang bilangan pelajar seramai 500 orang dan jualan RM0.50x100=RM 50..Itu min 100 batang untk 1 sekolah..Kalau 10 sekolah??..RM50x10= RM500 seharix24 hari= RM12000..Modal tolak 40% bersih RM7200..

Tapi xsemudah yang dijangka..Nak buat loan pn xapprove..xckup umur 21 tahun...hehehe..pas 2 xda record jualan lagi ssah..Memang susah klu bt loan..MEMANG TERAMAT SUSAH..Sbab 2 ramai yang pinjam kt along..aku pn nyaris2 nk pinjam along..Nk pinjam kt adik bradik pn ssh..xde sape nk tolong time susah..tidak aku da boleh pakai gen 2 dah..tp xde sape nk tolong jdi penjamin..so melepas la..kalu diingat dulu time dulu baru start mmg sedih gila..Sale sehari just RM5 je..Pas 2 malam masuk pasar malam pla..Letih angkut barang..Tapi selepas 3 bulan akhir2 nie ada peningkatan memberangsangkan.. Semalam 30 May rekod tertinggi jualan RM96.40..alhmdlillah..klau mantain mcm nie bgusla..rasa bersemangat..Tapi kena berwaspada..Mesti ada pendinding..Minta dijauhi segala kejahatan jin2 dan syaitan..AMIN...

JOANNE ROWLING...

Kenal dengan JOANNE ROWLING??..
Baca kisah dibawah.

Nama : Joanne Rowling
Warganegara : England
Umur : 34 tahun

Idea Jutawan : Seorang budak kurus yang memakai cermin mata besar,
bernama Harry Potter. Karakter beliau ialah seorang anak yatim
yang melarikan diri dari Sekolah Ahli Bijaksana Sihir, dan
menjadi seorang hero.

Modal permulaan : Beberapa pound sterling ( 1pound = 6ringgit)

Bagaimana idea digerakkan : Melalui agen. Dua syarikat penerbit
buku menolak karya beliau, sebelum Bloomsbury menerimanya pada 1996.

Jualan : Seluruh dunia.

Buku pertama : Harry Potter and the Sorcerer’s Stone. Lebih
38 minggu menjadi No. 1 sebagai buku paling laris di New York Times.

Buku Kedua : Harry Potter and the Chamber of Secrets.

Buku Ketiga : Harry Potter and the Prisoner of Azkaban,

Sehingga kini lebih 30 juta buku sudah dijual. Rakyat Amerika
membeli hampir 50% buku-buku beliau. Diterjemahkan kepada 28 bahasa.

Pendapatan : Royalti mencecah 11.5 juta pound ditambah dengan
pendahuluan $2 juta pound untuk buku kedua dan ketiga. Sekarang
buku ke3,4 dan 5 dan filem yang box-office, jumlah pendapatan telah
mencecah $100 juta pound.

Seorang janda , Joanne Rowling yang hidup dalam kesempitan dan tinggal
di apartment satu bilik yang sejuk di Edinburgh, dimana beliau juga
membesarkan anak perempuannya, Jessica. Untuk melarikan diri dari
kesejukkan, Joanne selalunya akan pergi ke sebuah kedai minuman, café
dan memesan secawan kopi, yang dihabiskan selama berjam lamanya kerana
beliau sudah pokai! Kesusahan ini memberikan dorongan kepada beliau
untuk mengikut satu idea iaitu menulis satu novel mistik atau khayalan.

Berumur 29 tahun pada ketika itu, perkara yang paling buruk yang akan
terjadi daripada idea beliau ialah jika buku beliau ditolak oleh penerbit!

Ini memberikan semangat kepada beliau untuk menulis setiap hari.
Pada sebelah pagi, Joanne akan membawa Jessica ke taman permainan,
berjalan-jalan sehinggalah anaknya tertidur, kemudian beliau akan terus
ke café, menulis sehingga 2 jam semasa anaknya tidur.

Sekali lagi pada waktu petang, semasa Jessica sedang tidur, Joanne akan
menulis sehinggalah beliau penat dan tidur. Walaupun menulis Harry Potter
and the Sorceree’s Stone satu kerja yang cukup susah, beliau masih waras.

Semasa buku beliau dalam pembikinan, beliau menghadapi satu lagi masalah,
beliau tidak mampu untuk membeli komputer untuk menaip novel beliau.

Jadi beliau mengupah beberapa pound kepada seorang tua untuk menaip novel
beliau. Kemudian Joanne terpaksa menaip satu lagi buku kerana beliau
tidak mampu untuk membuat salinan fotostat!

Beliau mencari dua agen ditelefon direktori dan mengeposkan buku tersebut
kepada mereka. Beliau beritahu bahawa hari yang paling gembira dalam
hidup beliau ialah apabila salah seorang dairpada mereka bersetuju
untuk menerbitkan buku beliau.

Buku pertama diterbitkan di England pada bulan Jun, 1997. Harry Potter
mencatat kejayaan yang cukup mengkagumkan dengan publisiti yang meluas.

Joanne mengaku bahawa beliau tidak menduga perkara ini akan terjadi.
Walau pun buku beliau adalah berkenaan kisah kanak-kanak, tetapi orang
dewasa ramai yang meminatinya. Buku beliau kini diletakkan sebaris dengan buku-buku popular dunia seperti
Lord of the Rings, The wizard of OZ, Alice in Wonderland. Harry Potter
dengan hanya tiga pengembaraan telah menjadikan Joanne seorang jutawan
dengan harta mencecah $100 juta pound (RM600 juta!).........

Aku hampir menitiskan air mata dimana sungguh perit apa yang beliau lalui sbelum beliau berjaya. Dan aku hampir dapat menyelami perasaan beliau......

PERTUKARAN....

Mungkin sudah lama aku xpost dalam blog nie. Aku terlampau bz. Dengan kerja di ofis. ARGGHHH!!!!...mcm nk berhenti ja. Berurusan dengan kerajaan memang menyampah. Semua kerja berkaitan printing n design smua last2 minute bagi job. Memang dalam tekanan.

Hrmmmmm..
Ada satu pengumuman aku nk buat. IZERO CREATIVE akan bertukar nama dengan nama yang baru akan aku postkan tak lama lagi. Berikutan nama IZERO lebih kepada negative dan susah disebut dikalangan2 orang2 tua di MALAYSIA..hehehe..dan susah juga disebut bila masuk meeting2 gov..dan IZERO juga susah untuk dingat. Walau apa pn aku minta pendapat korang la adakah nama IZERO perlu ditukar atau tak..dan klau tukar korang tolong cadangkan nama yang TERBAIK!!!..OK??..